Apa nak dimalukan wahai HAMBA ALLAH? Anak. ke yg dikandung tu??Cuba bandingkan dgn baju2 artis yg terdedah sakan la ni dgn baju seorg wanita yg berbadan dua.Yg berbadan dua tu,tahu apa yg nak ditunjukkan.Yg tak tu, nak tunjuk apa? Nape hang tak smash depa tu.Lagi bnyk pahala hang dpt tau?? Dan utk OPA, apa yg low class tang artis Malaysia yg suka nak nunjuk perut hasil perkahwinan bahagianya tu??Pokoknya, depa dah bahagia berkahwin dan hasilnya,tu lah dia.Jgn lah bodoh sgt sampai nak menyamakan artis kita dgn artis Hollywood.Kehidupan depa berteraskan DUIT.Erra,on tha other hand, rasa bangga menunjukkan perut utk tatapan kerana kasih sayangnya kpd peminat.Utk bukan peminatnya, wat apa hang kesini??mcm parasite lak.
![Erra Fazira Terkini Erra Fazira Terkini](http://img.astroawani.com/adpub/astrogempak/Portals_2_artis_erramasihrapatshahir.jpg)
![Terkini Terkini](/uploads/1/2/5/4/125439323/536584116.jpg)
Engku Emran sebak manakala Erra Fazira yang memakai jubah kelabu kelihatan tenang saat cerai dilafazkan pada jam 12.50 tengah hari tadi. Mohammad Adib berkata, permohonan hak penjagaan anak diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira diluluskan apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.
Demikian kata Erra Fazira ketika ditanya oleh media mengenai punca penceraiannya dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, semalam. “Segala spekulasi yang timbul sebelum ini sudah pun terjawab jadi jangan tanya saya lagi mengenainya,” ujar Erra seolah mahu mengelak.
“Mahkamah turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah,”katanya. Ketika prosiding, Erra Fazira dan Engku Emran mengesahkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung selama setahun enam bulan. Pelakon filem Sembilu itu atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 40, diwakili oleh Ahmad Nazib Johari memfailkan permohonan penceraian dan hak penjagaan anak itu pada 17 Februari 2013 masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang- Undang Keluarga Selangor 2003. Engku Emran diwakili oleh Peguam Syarie, Roslan Sujak Rafee enggan memberi komen kepada media sebaik sahaja selesai prosiding. Sementara, pengacara Primadona yang ditemani oleh rakan baiknya, Erma Fatima dan Umie Aida, meluahkan rasa syukur apabila semuanya selesai dan berjalan dengan baik.
“Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi,”katanya ketika ditemui media.
Ketika ditanya mengenai perancangan selepas ini, dia memberitahu ingin fokus terhadap kerjayanya. “Ia (kerjaya) menjadi fokus utama saya kini,” katanya. Erra Fazira dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun. Sebelum mengahwini Engku Emran, Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 dan bercerai tiga tahun kemudian. Sumber Sinar Harian signoff2 Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share.